top of page
Search

ULASAN BUKU | Sidang Serangga oleh Jai Jericho

Buku ini salah satu pembelajaran dalam bidang Universiti Alternatif. Buku ini sudah lama kami baca dari awal tahun hingga lah sekarang sudah selesai. Lama juga. Buku ini menceritakan tentang kehidupan, kritikan sosial, agama, budaya, ekonomi, bangsa, kemodenan, dan politik.


Watak-watak dalam buku ini sangat memberi inspirasi, salah satu watak yang menonjol bagiku adalah, Profesor Mentadak Mentadu. Dia seorang pemimpin yang baik dan adil kepada semua serangga. Di awal cerita Profesor Mentadak Mentadu bertemu dengan beberapa serangga-serangga yang lain berbincang ingin membuat perjumpaan semua serangga iaitu (Sidang Serangga). Setelah perjumpaan tersebut hampir semua serangga datang, tapi tidak dengan lain kerana mereka ingin cepat lari daripada masalah yang mereka hadapi. Cerita awal-awal kita dapat pengajaran sudah tentang kita perlu bersatu dan cari jalan penyelesaian masalah bersama. Bahagian ini serangga semua dalam keadaan terancam semua manusia ingin musnahkan mereka.


Profesor Mentadak Mentadu, ada askar-askarnya tujuannya untuk mendengar perbincangan manusia. Askar-askar tersebut adalah Labah-labah Barah (LLB A hingga LLB H), jumlah mereka 8. Setiap LLB akan di hantar berlainan tempat untuk mendapatkan maklumat. Salah satu cerita yang aku ingat, Profesor Mentadak Mentadu ingin mengumpulkan semua kaum serangga untuk menentang manusia yang telah membuat dan berbagai-bagai jenis racun serangga. Serangga banyak pelbagai jenis, tidak semua serangga mengganggu kehidupan manusia. Malahan manusia lah yang banyak mengganggu kehidupan kami, kehidupan serangga.


Dalam buku ini banyak menceritakan tentang politik-politik yang tamak kekuasaan, masalah ekonomi yang terjadi kepada negara. Agama juga, kita boleh lihat manusia, menjadikan agama sebagai alasan untuk lelaki boleh kahwin 4. Adakah itu?


Selain itu buku ini menceritakan tentang kritikan terhadap bangsa Melayu, di mana orang-orang Melayu ini ketika mereka ada tanah atau harta lain-lain. Mereka ada tanah, tapi mereka jual untuk kepentingan diri sendiri dan hasilnya mereka pergi ke Genting Highland untuk berhibur, bermain judi, bermain perempuan dan melabur.


"Bagi aku kritikan ini bukan untuk bangsa Melayu saja, tapi kritikan ini untuk semua bangsa, semua manusia."


Sebenarnya banyak lagi cerita-cerita yang lain. Inilah secara ringkasnya apa yang aku belajar dari buku ini.


Terima kasih banyak kepada Pak Sako Tokoh Sasterawan Negara. Telah membuat buku ini, Banyak mesej-mesej yang yang kuat disampaikan dan boleh menjadi iktibar untuk kita semua. Kepada kawan-kawan yang di luar sana jangan lupa baca buku karya Pak Sako, buku-buku beliau sangat memberi inspirasi.


Cikgu Mukmin pernah pesan

"Berkarya lah, biarpun sudah tiada dibumi karya akan kekal abadi"


(Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pandangan Arkib Cahaya)



15 views0 comments

Comments


bottom of page