SANDAKAN, SABAH: Kelab Alumni Cahaya dengan kerjasama Cahaya Society menganjurkan program Planet Kita dengan slogan Bumi Jaga Kita, Kita Jaga Bumi pada 4 September 2024.
Program ini diisi dengan aktiviti utama iaitu Beach Clean Up di Pantai Pasir Putih, fun walk, zumba dan perkongsian tentang alam sekitar. Lebih 15 orang pelajar Pusat Pembelajaran Cahaya terlibat sebagai peserta dalam aktiviti ini. Fun walk bermula dari Pusat Komuniti Cahaya adalah sebagai aktiviti sihat dan kecergasan sebelum aktiviti mengutip sampah di Pantai Pasir Putih.
Lebih 10 plastik sampah terkumpul dan sampah sarap yang dikutip terdiri daripada plastik, fabrik terpakai, dan sisa buangan. Plastik kebanyakannya adalah straw, gelas pakai buang, pembungkus makanan ringan dan plastik barangan.
Kelab Alumni Cahaya dengan dukungan Cahaya Society sebagai Social Enterprise yang mendapat akreditasi oleh Social Enterprise World Forum sebagai organisasi People & Planet First mengambil inisiatif ini sebagai langkah proaktif dan aksi langsung untuk merespon pencemaran dan diskriminasi ke atas alam.
Penganjur menyampaikan mesej dan kempen kesedaran menerusi simbolik pendidikan dan gotong royong secara kolektif sebagai aksi kesedaran untuk masyarakat sekeliling secara komprehensif.
Program ini digerakkan sepenuhnya oleh anak-anak tanpa negara yang mempunyai kesedaran dan pendidikan sivik yang tinggi dan memiliki semangat mencintai alam yang dalam.
Justeru, menerusi program ini, penganjur berharap agar semua masyarakat mampu menggerakkan inisiatif ini dalam komuniti secara kolektif dan pendidikan menjaga alam ini mestilah ditanam ke dalam pemikiran semua generasi tanpa mengira umur, status sosial & ekonomi, warganegara dan suku kaum.
Tanggungjawab menjaga bumi adalah tanggungjawab semua manusia. Manusia dan alam saling memerlukan.
Bumi jaga kita, kita jaga bumi!
Comments