Ingin pilih buku yang menawan ceritanya? Misteri Pintu Puaka ialah sebuah buku cerita kanak-kanak terbitan Siri Misteri. Buku ini mengandungi unsur misteri yang mempunyai pelbagai kejadian yang menakjubkan. Saya pernah membaca buku ini ketika berada di dalam kelas dan berpendapat bahawa banyak perincian yang disampaikan berhubung kait dengan kehidupan.
Sinopsis Misteri Pintu Puaka mengisahkan seorang budak lelaki bernama Tommy yang merupakan anak yatim selepas ibu bapa kandungnya meninggal dunia. Di rumah barunya, ibu bapa tirinya tidak tahan melihat gelagat Tommy kerana sikapnya yang nakal sehingga mereka melarangkannya daripada tidur bersama anjing kesayangannya bernama Loony di bilik tidurnya. Pada suatu ketika, Tommy mengikuti rakan-rakannya menginap di rumah Siva yang sebelum ini bekerja sebagai budak sarkas. Dia juga membawa Loony untuk menemaninya. Hari demi hari mereka menjalani rutin seperti biasa di rumah Siva. Namun, hal yang mengerikan menimpa mereka pada setiap malam. Bunyi ketukan pintu yang aneh kedengaran di bilik bawah. Tiada sesiapa tahu siapa pengetuknya. Dapatkah Tommy yang nakal membongkarkan hal ini yang berterusan?
Menurut pandangan saya, Misteri Pintu Puaka menyampaikan mesej yang amat bermakna kepada pembaca. Walaupun Tommy sering dianggap nakal, dia bijak apabila menyelesaikan masalah. Watak-watak dalam buku ini memaparkan personaliti yang sesuai dengan hal yang ganjil. Pada masa yang sama, anda tidak akan berhenti untuk membelek muka surat dengan hati yang berdegup kerana ingin tahu kejadian sehingga habis. Akhir sekali, bahasa yang diterjemahkan memudahkan pembaca memahami perjalanan cerita sekali gus bertutur dengan lengkap.
Secara keseluruhannya, Misteri Pintu Puaka memikat hasrat pembaca untuk menyambung cerita ini tanpa henti sehingga mengetahui siapakah penyebab hal. Buku ini sesuai untuk pelbagai golongan yang mengimpikan hiburan malahan umur berbeza. Jika anda peminat misteri, buku ini turut dijadikan rekomendasi dalam pilihan anda!
(Tulisan ini adalah tulisan saudara Faith Sapin dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Arkib Cahaya)
Comments