top of page
Search

Reviu Filem: Walid

Walid ialah sebuah filem yang diarahkan dan diterbitkan oleh pengarah yang tidak seberapa diangkat di tanah ini, Areel Abu Bakar, Areel Abu Bakar ialah seorang pengarah yang suka mengangkat pusaka silat melayu melalui karya yang dia hasilkan.


Pada tahun 2019 sebuah filem yang dihasilkan oleh Areel Abu Bakar mengisahkan tentang seorang lelaki yang suka berjudi dan berhutang. Jadi dia ambil geran tanah pusaka ayahnya untuk melangsaikan hutang tersebut. Sama juga filem Geran ini mengangkat budaya seni silat di tanah melayu ini.


Pada 14 september 2023 Areel Abu Bakar mengeluarkan filem terbaru yang bertajuk Walid, dalam filem Walid ini pun sama juga Areel Abu Bakar cuba mengangkat seni silat, tapi kali ini berbeza dari filemnya Geran. Walid (Megat Sharial) mengisahkan tentang seorang guru yang mengajar kanak- kanak tanpa dokumen dan bukan sahaja seorang guru tapi dia juga fighter hebat bertarung, Aisha satu (1) dari berjuta kanak- kanak yang tidak bernasib baik tidak mempunyai dokumen untuk belajar ke sekolah kerajaan, Aisha yang bercita- cita tinggi tapi disebabkan hanya satu (1) kad berwarna biru menyebabkan cita- cita Aisha separuh runtuh bagaikan ais kutub utara sedikit demi sedikit jadi cair.


Jalan cerita Walid ini mudah difaham, mengangkat isu pemerdagangan manusia, mengangkat seni silat dan mengangkat hak manusia untuk berpendidikan. Aisha sangat rapat dengan Walid, sampailah pada satu hari Aisha diculik oleh pekerja- pekerja Pak Ku (Namron).


i. Action filem ini macam real, ketika mereka bertarung segala tulang leher patah, tulang lengan. Kalau kamu tonton filem ini mesti kamu akan perasan dalam pertarungan itu mesti ada yang patah tulang.

ii. Megat Sharizal walaupun berbadan besar tapi bagi aku dia sesuai memegang watak aksi begini, dalam filem ini menunjukkan bahawa jangan pandang badan besar atau kecil tapi pembawakan watak itu padan ka tidak.

iii. Koreografi filem ini tidak sepadu filem Geran, koreografi Walid ni macam buat persembahan silat di khalayak ramai.

iv. Film editing dia banyak bergegar dan putus- putus, sekejap sana sekejap sini, bagi aku mungkin mereka mahu tiru gaya filem Hollywood. Tapi aku pujilah sebab kerja keras mereka edit macam ini (yalahkan sebab kamera sendiri, Finas mana mahu taja kalau filem begini)

v. Banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk filem Walid ni, dari segi pelakon aku cadangkan mungkin mereka boleh ambil Azlan Komeng sebagai Villain, tapi banyak lagilah persoalannya nantikan, dari segi editing pun boleh diperbaiki juga, mungkin plot twist filem ni pun boleh dikembangkan lagi.

vi. Antara pelakon yang aku salute dalam filem ini mestilah terutamanya Namron, Namron ni semua jenis watak dia boleh bawa, Megat Sharizal sangat sesuai untuk pegang watak Walid. Areel Abu Bakar aku sangat salute, semoga banyak lagi karya yang dihasilkan oleh Areel Abu Bakar ini mengangkat seni budaya dan mengangkat hak kemanusiaan.

vii. Personal Rating 8.9/10 aku doakan agar banyak lagi filem begini yang mengangkat hak kemanusiaan dan seni silat di Malaysia ini. Sesiapa yang belum tonton filem ni kamu boleh tonton di Netflix.

viii. Ini pendapat aku sendiri sesiapa yang mahu kritik reviu aku silakan komen jangan segan.


Jumpa lagi di next Reviu aku akan datang.


(Tulisan ini adalah daripada saudara Radzmil Angking dan tidak semestinya mencerminkan pihak Arkib Cahaya)

21 views0 comments

Comments


bottom of page