Filem The Swimmers ialah filem yang diambil dari kisah benar, tentang dua adik- beradik pelarian (Refugees). Filem ini ditayangkan pada 11 November 2022 oleh syarikat Netflix.
Pada tahun 2011 di kota Damsyik Syria, Yusra anak seorang mantan perenang Olimpik dan kakaknya Sarah juga seorang perenang, Yusra ialah satu- satunya anak yang ayahnya harapkan betul, untuk memasuki Sukan Olimpik di Rio Olimpik Brazil pada tahun 2016.
Dalam beberapa bulan sebelum Sukan Rio Olimpik 2016 di Brazil, Di Damsyik Syria ketika itu berlakunya perang saudara. Yusra sangat terganggu, kerana prestasinya menurun sejak peperangan berlaku. Yusra mencadang kepada ibu- bapanya untuk pergi ke Jerman dan boleh ikut pertandingan Sukan Olimpik di Rio Brazil. Yusra fikir senang untuk pergi begitu saja, ketika Yusra dan kakaknya Sarah mahu pergi ke Jerman, Sarah Ajak sepupunya Nizar, untuk ikut bersama mereka ke Jerman.
Ayah Yusra dan Sarah mencadang mereka untuk ikut laluan darat menuju ke Eropa. Mereka mesti pergi dulu ke Istanbul, Turkiye, sebelum mereka menyeludup ke Eropa dan terus ke Greece. Sampai saja mereka di Istanbul, Nizar mengajak Sarah dan Yusra untuk ikut laut menggunakan perahu untuk menyeberang Greece. Nizar berpendapat bahawa dengan mengikuti jalan laut lebih mudah untuk sampai ke Jerman. Yusra setuju untuk ikut jalan laut pergi ke Greece. Mereka jumpa seorang penyeludup dan membayar si penyeludup.
Mereka dibawa ke tepi pantai. Yusra, Sarah dan Nizar menunggu si penyeludup itu membawa perahu, ketika mereka menunggu si penyeludup sampai, rupanya banyak juga pelarian yang berbagai negara untuk pergi ke negara yang mereka tuju. Dalam kalangan mereka ada yang membawa anak kecil bahkan bayi pun ada.
Sampai saja mereka di Greece, Sangat banyak halangan, satu halangan yang membuat Yusra hampir putus asa ialah Yusra hampir dirogol oleh seorang penyeludup di Greece.
Sampai saja mereka di Jerman, Yusra dan Sarah pergi ke Gym sukan renang di satu tempat, untuk mengikuti tim pasukan tersebut, Yusra dan Sarah meyakinkan jurulatih tersebut yang bahaya mereka pandai berenang, jurulatih Sven bagi mereka satu peluang untuk menunjukkan bahawa mereka pandai berenang dan ada rekod untuk masuk Sukan Olimpik. Dalam ujian tersebut, Yusra dan Sarah lulus ujian dan boleh masuk tim tersebut. Yusra yang rajin berlatih, mahu sangat untuk masuk sukan Olimpik Rio Brazil untuk mewakili Syria. Sayangnya Yusra tidak boleh mewakili negaranya yang tercinta, Yusra cuma ada satu pilihan, iaitu mewakili pelarian dalam sukan renang.
Sarah pula masuk satu organisasi untuk mengurus pelarian- pelarian diseluruh dunia. Yusra menang mewakili pelarian dan amat berbangga kerana ada satu peluang yang membuat namanya disebut- sebut diseluruh dunia.
Rate: 10/10.
Aku bagi rate begini bukan sebab graphicnya padu, tapi jalan ceritanya sangat menyayat hati kita.
Filem ini memberi aku inspirasi yang kuat untuk jangan sia-siakan cita-citamu walau beribu pun halangan di hadapan.
Jangan sesekali jatuh, jika penat rehat jangan berhenti.
Jangan sesekali terpedaya dengan cakap orang.
Cita-citalah yang mendorong manusia sampai ke tahap dia disebut-sebut.
Maklumat Penulis: Radzmil Angking adalah salah seorang Alumni Cahaya. Selain meminati seni bela diri, beliau juga aktif menonton siri drama, animasi dan turut terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan sekaligus Guru Komuniti di Cahaya Learning Centre.
Comments