top of page
Search

Reviu Dokumentari: In The Name of God, The Holy Betrayal

Filem dokumentari meneliti kisah benar menyeramkan, empat pemimpin Korea Selatan yang membodohi dan mengeksploit kepercayaan pengikut mereka. Mereka juga mendakwa bahawa mereka adalah Nabi dan Tuhan. Filem ini mendedahkan sisi gelap kepercayaan yang tidak dipersoalkan.

Jeong Myeong Seok lahir pada 16 Mac 1945. Dia juga menggunakan tahun kelahirannya sebagai kode bahawa dia adalah seorang messias. Jeong Myeong Seok adalah pengerusi JMS, JMS merupakan singkatan dari nama pemimpinnya yaitu Jeong Myeong Seok. JMS juga di gunakan sebagai julukan daripada agama sesat yang didirikan Jeong Myeong Seok. Tapi Jeong Myeong Seok sendiri selalu menyangkal kalau JMS itu bukan diambil dari singkatan namanya melainkan Jesus Morning Star atau Jesus Messiah Saviour. Nama resmi dari perkumpulan ini bukan JMS dan sudah selalu berganti-ganti nama seperti, Gereja Aecheon (애천), Persatuan MS pelajar universiti dunia, Persatuan Kristen International, Gereja Kristen Timur Barat dan sekarang adalah CGM (Christian Gospel Mission).

Dan Asosiasi Agama Kristen di Korea sudah menyatakan bahawa CGM ini merupakan agama sesat. Jeong Myeong Seok pernah dipenjara selama 10 tahun (2008-2018) kerana pemerkosaan dan perlecehan seksual terhadap banyak anak perempuan berusia 20-an di Korea, Hongkong, Taiwan, China dan Australia bahkan ada juga korban di bawah usia legal. JMS dulu penganut Agama Kristen namun sempat mengikuti ajaran sesat iaitu Unification Church.

Sekarang mengapa ada orang-orang yang tertarik dengan Agama JMS?

1. Cara JMS menjelaskan ajarannya.

  • Suka penjelasan kitab suci dengan penjelasan secara ilmiah.

  • JMS suka menjelaskan kalimat-kalimat secara ilmiah sehingga mudah diterima dan ditangkap oleh orang. Tapi yang menjadi salah adalah dia menyambungkan hal tersebut dengan hal seksual. Yang akhirnya menjebak pengikutnya untuk melakukan hubungan seksual dengannya.

2. Pengikut JMS percaya bahawa JMS adalah Tuhan.

  • Semasa ditangkap. Mereka mengganggap ditangkapnya JMS adalah cubaan dan menggambarkan betapa kacaunya dunia yang telah menangkap Tuhannya.

3. Sikap JMS yang reaktif terhadap berita.

(Sebenarnya CGM menuntut Netflix untuk tidak menayangkan dokumentari ini).



Maklumat Penulis: Nurasyhikin Syed adalah salah seorang Alumni Cahaya. Seorang introvert yang mahir menulis, membaca dan bertutur Bahasa Korea ini mempunyai banyak minat seperti melukis, berpuisi, muzik dan filem/animasi. Anak tunggal kepada ibu dan ayahnya serta seorang yang mempunyai cita merdeka yang tinggi.

5 views0 comments

Comments


bottom of page