SANDAKAN, SABAH: Cahaya Society membuat lawatan sambil belajar ke Pulau Berhala, Sandakan yang terletak kira-kira 10 minit dari Jeti Pasar Sandakan.
Lawatan ini adalah bagi mendedahkan elemen budaya, kebersamaan komuniti, rumah tradisi dan rutin hidup masyarakat maritim yang berada di Pulau Berhala, Sandakan. Seramai tujuh (7) orang pelajar Pusat Pembelajaran Cahaya berpeluang untuk melihat, memerhati dan berinteraksi bersama komuniti atas air serta menelusuri lereng-lereng perumahan yang unik dan sarat dengan tradisi dan budaya.
"Aku rasa yang paling syok (seronok) di sini, budak-budaknya bebas dan ada tempat bermain yang selamat. Ndak (tidak) semua kampung begini" kata Syafiq.
"Di sini lain banyak haiwan seperti itik dan kambing, kalau kampungku banyak ayam seja" kata Fairus.
"Aku yakin di pulau ni ramai orang berbangsa Bajau. Sebab aku tengok jualan diorang di depan rumah dan cara diorang berinteraksi, sama macam bangsa Bajau kami" kata Shera.
Cahaya Society dalam usaha untuk membawa anak-anak keluar dan belajar dari budaya dan tradisi komuniti sekitarnya.
Comentários