KOTA KINABALU, SABAH; Sekretariat Himpunan Gempur Rasuah Sabah yang terdiri daripada organisasi Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Himpunan Gempur Rasuah Sabah pada 31 Disember 2024 di hadapan PPNS, Kota Kinabalu.
Himpunan yang bermula kira-kira 2PM itu menghimpunkan mahasiswa, rakyat Sabah dan para pengamal media di hadapan gerbang utama UMS sebelum berarak ke PPNS.
"Kita menyenaraikan beberapa tuntutan akibat daripada isu-isu rasuah yang berleluasa khususnya di negeri Sabah. Begitupun perhimpunan ini adalah salah satu bentuk advokasi dan edukasi untuk menyedarkan rakyat betapa hancurnya negeri ini akibat tangan-tangan koruptor." menurut Naiem, salah seorang anggota sekretariat himpunan ketika ditanya berkaitan tujuan himpunan itu diadakan.
Jun 2024- beberapa bulan sebelum itu- Suara Mahasiswa UMS turut mengepalai Sekretariat Kami Mahu Air dan menggerakkan demonstrasi Kami Mahu Air bersama rakyat Sabah di PPNS Kota Kinabalu. Mahasiswa terpanggil sebagai rakyat yang tercerah untuk mewakili isu-isu rakyat.
Himpunan Gempur Rasuah Sabah turut menjadi aksi rentetan terhadap beberapa isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Sabah.
"Pertama, menuntut transparansi dan kecekapan SPRM dalam isu rasuah ADUN Sabah. Kedua, membantah pelantikan Sang Raja Perompak Sabah. Musa Aman sebagai TYT Sabah. Ketiga menuntut Hajiji untuk meletakkan jawatan akibat kelemahannya. Keempat, memberi amaran kepada penguasa dan pemain modal untuk jangan pernah sesekali mengamalkan korupsi yang akhirnya merugikan rakyat. Kelima, jangan pernah membungkam atau melemahkan gerakan rakyat kecil dibawah yang menyuarakan kebenaran demi kesejahteraan negeri ini" sambung Naiem berkaitan tuntutan himpunan kepada kerajaan negeri Sabah.
Suara Mahasiswa turut dikenali sebagai organisasi yang menjalankan advokasi pendidikan alternatif kepada komuniti rentan di Kg. Teluk Layan Besar, Kota Kinabalu. Selain itu, gerakan mereka turut menjadi kuasa ketiga yang bersifat politikal dan berperanan menyusun siri-siri protes rakyat terhadap ketirisan pemerintah di luar.
"Kami berharap protes akan menjadi budaya rakyat. Kita juga berharap rakyat tidak akan takut lagi untuk menyuarakan keadilan dan kebenaran, hatta di atas jalan raya sekalipun. Kita juga berharap ada inisiatif daripada pelbagai pihak bukan sahaja daripada mahasiswa untuk bersama sama mengangkat isu ini melalui pelbgaia medium; forum, dialog, diskusi dsb."
댓글