top of page
Search

Interbiu Band: Silversun

Halu semua, Silversun ni salah satu band local Sabah, Borneo. Jangan kamu bilang grunge is dead ah. Silversun antara inspirasi untuk muzik bawah tanah di Sabah. Bah, mari kenal durang.


Bruh, aku dengar orang bilang genre band kamu ni Grunge. Betulkah tu? Cerita sikit.


Betul dan tidak Betul hehe… yg Betul dia sbb most of our musical influence band adalah grunge band mcm Alice in chain, soundgarden, silverchair, Pearl Jam atau Nirvana.. local band mcm butterfingers jgk merupakan Salah satu daripada influence Silversun dalam bermuzik. Utk mengatakan kami (silversun) Bukan lah totally pure grunge adalah disebabkan faktor2 pengaruh muzik dari genre lain jgk yg byk kami terapkan dalam penulisan lagu2 kami. Jadi secara umumnya silversun meletakkan genre muzik kami sebagai rock n roll post grunge.. tetapi apa2 pn selebihnya terpulang kepada pendengar untuk menilai atau meletakkan kami di mana2 genre sesuai mengikut interpretasi mereka.


Cerita bah ringkas sejarah terciptanya Silversun ni.


Rasanya cerita silversun jgk sama Mcm band2 yg lain.. masa Muda.. rebel.. mudah terpengaruh.. zaman2 kami ni zaman “mtv” zaman teenages rebel.. pengaruh yg kuat daripada muzik terutamanya band2 grunge pada masa tu membuatkan kami semua bertekad utk menubuhkan band yg pada mulanya suka2 mengikut trend.. tidak lama selepas itu menjadi hobi.. sampai skrg band adalah salah satu dari priority atau keutamaan Selepas family atau hal2 yg lebih penting


Siapa line up asal band Silversun ni ah? (dan yang terkini punya line up jugak)


Line up terawal adalah kitt (vokal) Richie (guitar) Casper (bass) Dan wawa (drum).. sebelum selesai rakaman demo.. Wawa meninggalkan band dan digantikan Oleh acong di posisi drum..selepas selesai rakaman demo.. Casper plak keluar daripada band dan Tmptnya di isi oleh bassist bernama abang.. forması ini sempat perform live dan merekod 2 lagu single.. iramania dan sweet season versi demo.. Selepas beberapa lama.. abang tidak dapat meneruskan perjuangan bersama Silversun.. posisi abang sbgi bassist di gantikan dgn reza.. this is the current formation.


Adakah mana-mana band yang mempengaruhi band kamu?. atau kamu fotokopi Nirvana bulat-bulat ni? (hehehe main-main seja ah)

Seperti yg dinyatakan sblm ni.. ya utk pengaruh tidak di nafikan.. Bukan Nirvana sahaja tetapi skop pendengaran kami lebih luas dan tidak hanya tertumpu pada grunge atau Nirvana. Utk isu copy.. silversun sendiri dari awal penubuhan mmg Sdh ada kesedaran utk lari dari kebiasaan atau klise band grunge iaitu grunge perlu seperti Nirvana, kami Cuba utk tidak menuju ke Arah itu.. jika anda perhatikan Salah satu elemen penting Dlm band adalah vokal.. vokalis silversun sama sekali tidak mengambil pendekatan kurt cobain Dlm penyampaian lagu2 kami.. itu Sdh cukup menjelaskan yg silversun bukanlah tipikal grunge band.. kami Cuba membawa byk elemen dlm karya2 kami.


Share sikit macam mana proses penulisan lagu kamurang (orang bilang susah jugak, salut sama kamu)?. Dan apa mesej yang kamu angkat dalam karya kamu?


Utk latest ep silversun, kita bercakap Dlm konteks ep the light years.. keseluruhan idea asal lagu dan melodi adalah dari Richie.. guitarist silversun.. dalam pada masa yang sama.. penglibatan atau sentuhan2 semua ahli baik Kitt (vokal) Reza (bass) atau acong (drum).. itu lah yg membentuk karekter atau kekuatan struktur setiap lagu2 yg ada Dlm latest ep silversun. Semua org akan memberikan muzikal idea bagi memastikan lagu2 yg terhasil itu lah yg membawa dan membentuk bunyian silversun atau tidak terlalu self proclaimed kami Cuba utk membentuk muzik yg kami sendiri gelar “silversound”. Semasa awal penubuhan Silversun.. lagu2 kami byk menceritakan kisah2 peribadi dan hanya dalam circle yg tidak terlalu luas.. rasanya Selepas 10 tahun kebelakangan ini kami secara tidak langsung lebih mengangkat tema yg lagi luas seperti kemanusiaan.. cinta yg lebih universal.. dan global issue


Kenapa kamurang kasi nama band ni Silversun? Mungkin ada maksud yang "deep" disebalik nama itu kah?


Tiada unsur deep atau makna2 tertentu di sebalik nama Silversun, sebelum kita memutuskan untuk menggunakan nama Silversun,STUPID ROCK SEASON (musim rock bodo) adalah nama yg digunakan sblm Silversun atas sbb kitt dgn richie slalu saja memainkan lagu2 rock yg merapu (lirik dan melodi semua ke laut) trus tfikir letak nama band musim rock bodoh (apalagi google la kejap on english) hehe..joke !! Circa "STUPID ROCK SEASON" kmi sempat jg merakam dan meriliskan demo dengan nama band "stupid rock season" Selepas itu kami terfikir untuk menukar nama band yg lebih berbunyi catchy dan komersial.. lalu Stupid Rock Season ditukar kepada SILVERSUN.. Nama Silversun terlihat lebih matured daripada Nama sblmnya dan idea ini timbul secara spontan


Kamu ada materialkah (CD, merchandise etc)? Di mana orang boleh check it out?


Silversun Baru meriliskan ep pada pertengahan tahun baru2 ni.. untuk penggemar muzik2 selain dari arus Perdana.. cd silversun boleh di dapatkan melalui kontak band member kami Richie atau kitt.. selain itu lagu2 silversun jgk boleh di stream melalui YouTube.. Bandcamp dan sportify


Aku nampak kamu di jemput ke Rock The City. WOW!. Cuba share sikit apa perasaan kamurang sepentas dengan lagenda Butterfingers nanti? Dan lagu apa yang kamurang bawa nanti?


Sejujurnya kami semua tidak menjangka atau Cuba meletakkan apa2 harapan semasa merilis ep pada pertengahan tahun ini. Tetapi setiap band atau artis mesti mengimpikan utk boleh beraksi bersama idola mereka.. silversun jgk tidak terlepas daripada impian sebegitu.. mendapat perhatian dan diberikan peluang utk sama2 perform dgn band2 legendary dlm Negara kita.. it is like dreams come true.. lebih2 lagi butterfirngers jgk byk memberi influence utk muzik kami…alhamdulillah..sdh tentunya semua lagu dalam ep the light years Akan dimainkan dan mgkn ada sedikit penambahan lagu sekiranya perlu.. selebihnya silalah beli tiket dan support local band yg sama2 beraksi dgn kami nanti.. hehe (wait) !!


Apa plan Silversun tahun 2024?


Dalam keadaan skg.. kami Cuba berfikiran realistik.. of course cita2 kami utk sentiasa ada dan berkarya tapi buat masa ini kami tidak memikirkan hal2 yg terlalu jauh.. kami Cuba plan mgkn 6 months ahead.. Cuma utk masa terdekat silversun Sdh menyiapkan beberapa lagu.. kemungkinan tahun 2024 kami Akan mengeluarkan single .. itu adalah plan dlm masa terdekat ni


Ok, ini yang paling last. Pesan sikit sepatah dua patah untuk pemula pendengar Music Underground?


Pesanan utk mereka2 yg baru atau Cuba utk mendalami muzik2 underground.. anda mestilah lebih berfikiran terbuka utk menerima bermacam2 jenis atau genre muzik serta harus lebih positif Dlm menilai sesuatu karya di level ini.


--


(Tulisan ini adalah tulisan saudara Mukti Hassan dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Arkib Cahaya)






127 views0 comments

Comments


bottom of page